suria

Terima Gangguan Seksual, Taylor Swift Saman USD$1

TAYLOR Swift kini menghadapi proses persidangan mahkamah atas serangan jenayah seksual  seorang deejay bernama David Mueller, empat tahun lalu.

Taylor mengaku bahwa David menyentuh bahagian punggungnya ketika bergambar bersama semasa Konsert Red Tour 2013.

Kejadian memalukan itu mulai heboh setelah David Mueller menyalahkan Taylor Swift atas tuduhan mencemarkan nama baik sehingga dia dipecat dari pekerjaannya.

Namun sebulan kemudian Taylor Swift membuat laporan atas tuduhan gangguan seksual.

Menurut elle.com dalam tuntutannya David meminta ganti rugi sebanyak USD$3 juta (RM12 juta)  kerana Taylor Swift telah mencemar nama baiknya.

Sementara Taylor Swift hanya meminta ganti rugi sebanyak USD$1 (RM4) sahaja.

"Meraba bahagian belakang wanita adalah satu bentuk serangan, dan ia tetap satu kesalahan," ujar jurucakap Taylor Swift, J. Doug Baldridge.

Tambah J. Doug, apa yang berlaku ini patut diambil iktibar bahawa jenayah gangguan seksual tidak dapat diganti dengan wang ringgit kerana ia soal maruah.

"Setiap wanita baik kaya, miskin, terkenal, atau tidak, berhak untuk tidak mendapat perlakuan tidak menyenangkan seperti itu. Itu pesan yang ingin disampaikan Taylor Swift," tegasnya.

Taylor Swift

Artikel Lain