suria

Bomi (Apink) Baru Buka Akaun Instagram

Ahli Apink yang terakhir membuka akaun Instagram.

SALAH seorang ahli kumpulan Apink iaitu Bomi kini sudah mempunyai akaun Instagram peribadinya yang dibuka pada Ahad lalu.

Menurut portal soompi.com, Bomi atau nama sebenar Yoon Bo-Mi membuka akaun laman sosial tersebut buat pertama kali bersempena dengan hari lahirnya.

Baru satu hari dibuka, akaun Bomi sudah mencecah lebih 76,000 pengikut. 

Selain Bomi, lima orang ahli Apink yang iaitu Park Cho-rong, Jung Eun-ji, Son Na-eun, Kim Nam-joo dan Oh Ha-young terlebih dahulu mempunyai akaun Instagram sejak beberapa tahun lalu. 

Malah, kesemua ahli kumpulannya mengucapkan tahniah dan selamat hari lahir di ruang foto pertama yang dimuat naik oleh Bomi. 

Kemunculan Apink pada 19 April 2011 menerusi mini album berjudul Seven Springs of Apink dengan lagu hit mereka I Don't Know. 

Bomi, Apink

Artikel Lain