suria

Katy Perry Sangkal Kembali Ke Pangkuan Orlando Bloom

Katy Perry dan Orlando Bloom berpisah pada Mac lalu.

PENYANYI Katy Perry menyangkal dakwaan dia kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya, aktor Orlando Bloom dan menegaskan perkara itu tidak akan terjadi.

Kata Katy walaupun masih ada perasaan cinta terhadap Orlando namun itu tidak cukup untuk membuatkan mereka kembali menjalinkan hubungan cinta.

"Saya semakin matang dan banyak perkara membuka mata saya dan ia bukan semata-mata kerana cinta," katanya seperti dilaporkan E!

Dalam pada itu, Katy juga memberitahu buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk berfikir mengenai soal cinta kerana terlalu sibuk dengan karier seninya selain akan menjelajah seluruh dunia bagi mengadakan konsert.

"Saya sangat sibuk sekarang dan fokus saya adalah untuk menghiburkan peminat di seluruh dunia menerusi konsert jelajah saya.

"Itu sahaja perkara yang saya peduli buat masa sekarang," katanya.

Gosip mengatakan pasangan itu kembali bersama apabila mereka dilihat menghadiri konsert penyanyi Ed Sheeran di Staples Center di Los Angeles minggu lalu.

Peminat yang melihat kelibat Katy dan Orlando yakin mereka kembali bersama kerana pasangan itu dilihat mesra seperti pasangan kekasih.

Katy dan Orlando bercinta selama 10 bulan sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada Mac lalu.

Katy Perry, Orlando Bloom

Artikel Lain