BEKAS tunang Lady Gaga iaitu pelakon Taylor Kinney tampil menghadiri konsert penyanyi itu yang diadakan di Chicago pada Isnin lalu. E! melaporkan perkara itu terdedah apabila penonton yang hadir pada konsert itu merakamkan wajah Taylor dan memuat naik ke laman sosial mereka. Malah Taylor yang tampil memakai topi sempat melayan permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya. Gaga dan Taylor mula menjalinkan hubungan cinta pada 2011 selepas bertemu di set penggambaran video muzik You and I sebelum mengikat tali pertunangan pada 2015. Bagaimanapun pasangan itu secara tiba-tiba mengumumkan perpisahan mereka pada Julai tahun lalu dengan memberi alasan ingin 'berehat'. Awal tahun ini, Gaga secara terbuka memberitahu sedang berpacaran dengan ejennya iaitu Christian Carino.