SALAH seorang ahli GOT7 iaitu Jackson berang apabila netizen membuat andaian dia akan meninggalkan kumpulannya. Jackson membalas komen netizen di laman Instagramnya dengan mengatakan dia tidak pernah merancang untuk keluar daripada GOT7. "Kepada peminat, berhenti tanya bila saya nak tinggalkan GOT7, ia bukan soalan, kami akan sentiasa bersama sebagai keluarga. "Bukan tentang kontrak, ia mengenai hubungan, persahabatan, kesemuanya adalah keluarga sebenar," kata Jackson. Terdahulu, Jackson pernah berhadapan dengan situasi yang sama dan kelihatan dia sudah bersedia dengan soalan-soalan seperti itu. Jackson kini sedang sibuk mempromosi lagu solonya, Papillon.