suria

Gambar Bogel Kristen Stewart Tersebar

Kristen Stewart akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebar gambar bogelnya.

PELAKON Kristen Stewart gelabah apabila dua keping gambar bogel miliknya mula tersebar luas di sebuah laman web sejak beberapa hari lalu.

Bintang filem Twilight itu dilaporkan sudah mengupah peguam untuk meminta laman web itu memadam gambar yang memperlihatkan dia bersama teman sejenisnya iaitu Stella Maxwell.

Peguam Kristen, Scott Whitehead sudah mengeluarkan surat kepada laman web itu yang turut melanggar hak cipta dan ia perlu segera dipadam.

Kristen dan pasangannya menjadi mangsa terbaharu laman web itu dan sebelum ini penyanyi Miley Cyrus dan pemain golf terkenal Tiger Woods turut menjadi mangsa penyebaran gambar tidak senonoh mereka.

Pelakon itu dalam satu kenyataan kepada People memberitahu tindakan laman web itu menyiarkan gambar tersebut adalah salah dan jelas melanggar hak privasi tanpa kebenarannya.

Kristen Stewart

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain