suria

Jung Ah Kahwin April Tahun Hadapan

Jung Ah bakal nikahi pemain bola keranjang.

MENERUSI laporan Soompi.com pada Khamis, Jung Ah berkongsi perasaan mengenai perkahwinannya yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. 

Jung Ah atau Kim Jung-Ah,34, berkata dia sudah berjumpa dengan kawan yang terbaik dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Ini adalah kali pertama saya nak kahwin dan saya sudah berjumpa dengan kawan yang paling baik. Jadi, saya ambil keputusan untuk berkahwin dengannya. 

"Saya rasa kuat apabila dia disamping saya. Keputusan untuk berkahwin ini sudah lama kami rancang. 

"Patutnya kami mahu tunda tarikh kahwin tapi kekasih saya sibuk dengan jadual perlawanan bola keranjang," kata Jung Ah. 

Tambah penyanyi wanita ini, mereka bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun hadapan. 

"Saya belum dilamar secara rasmi tapi kami sudah merancang untuk berkahwin pada bulan April tahun hadapan," ujarnya. 

Kekasih Jung Ah iaitu Jung Chang Young adalah pemain profesional bola keranjang pasukan Changwon LG Sakers.

Jung Ah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain