suria

Jamie Foxx Semakin Serius Dengan Katie Holmes

Jamie Foxx dikatakan amat mengambil berat soal Katie Holmes.

HINGGA saat ini, pihak Jamie Foxx dan Katie Holmes belum terbuka untuk berkongsi soal status hubungan mereka yang sebenar.

Malah kedua-duanya memilih untuk berselindung dan saling bertemu secara diam-diam.

Berulang kali dilihat 'kantoi' menikmati janji temu dalam suasana romantis, kali ini mereka dilihat kembali menghabiskan masa bersama. 

Buktinya pada Selasa lalu, Bintang BABY DRIVER ini kelihatan muncul di kawasan berhampiran rumah Katie yang terletak di Los Angeles.

Sebelum bertemu dengan buah hatinya itu, Jamie dilihat singgah di sebuah cafe. Tidak mahu berkunjung dengan tangan kosong, Jamie dilihat telah membeli beberapa jajanan manis dan frozen yogurt.

Katie dan Jamie dikatakan sering membuat janji temu istimewa yang menguatkan lagi dakwaan mereka kini sedang dilamun cinta.

Jelas, pelakon yang berasal dari Amerika Syarikat ini dikhabarkan mula ingin menjalin hubungan yang serius dengan Katie.

Sementara itu pada hari yang sama, Katie juga sempat dilihat menjemput anak perempuannya di tempat tarian balet.

Sebelum pulang ke rumah, bekas isteri Tom Cruise ini juga sempat membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah di Calabasas.

Sepertinya Katie dan Jamie benar-benar sedang mengatur janji temu mereka dengan jamuan yang istimewa.

Agak-agaknya pertemuan tersebut memberi makna apa ya? Adakah si kecil boleh menerima Jamie sebagai calon ayah barunya?

Jamie Foxx

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain