suria

Lee Jun Terperangkap Dalam Gempa Bumi

PEMINAT bimbang dengan keadaan penyanyi Lee Joon selepas dia terperangkap dalam gempa bumi berukuran 8.1 magnitud di Chiapas, Mexico.

Bagaimanapun peminat lega apabila Lee Joon menerusi Instagram memberitahu dia terselamat daripada gempa bumi itu dan meminta agar mereka mendoakan keselamatannya sehingga pulang ke Korea Selatan.

Lee Jun berada di Mexico sejak 6 September lalu bagi menghadiri majlis bertemu peminat namun acara itu yang sepatutnya diadakan pada Jumaat terpaksa dibatalkan selepas bandar itu dilanda gempa bumi.

"Saya kini berada di Mexico dan nampaknya ramai bimbangkan keadaan saya. Jangan risau saya dan krew terlibat dalam keadaan baik.

"Ia kejadian menakutkan tetapi syukur kami semua terselamat dan pekerja hotel banyak membantu bagi memindahkan kami ke tempat selamat," katanya.

Lee Jun, Mexico

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain