suria

Kendall Jenner Ikon Fesyen Sepanjang Dekad

Kendall bersama kakaknya, Kim Kardashian ketika menerima trofi kemenangannya.

MODEL Kendall Jenner baharu sahaja selesai memperagakan busana jenama Tom Ford pada Minggu Fesyen New York pada Rabu lalu dan seperti kebiasaan kelibatnya mendapat perhatian.

Bagaimanapun tumpuan itu tidak terhenti di situ sahaja apabila model yang baharu sahaja berusia 21 tahun ini sekali lagi menjadi perhatian selepas diumumkan sebagai penerima trofi Ikon Fesyen Sepanjang Dekad!

Daily Mail melaporkan adik kepada Kim Kardashian itu menerima penghargaan pada Fashion Media Awards yang berlangsung di New York baru-baru ini.

Tampil penuh gaya, Kendall memperagakan busana mewah rekaan Giambattista Valli berwarna hitam ketika menerima anugerah tersebut.

Minggu lalu, Daily Front Row yang mengendalikan acara itu dalam kenyataannya memberitahu pihaknya memilih Kendall sebagai penerima anugerah kerana dia adalah seorang model yang berjaya mempengaruhi masyarakat dalam berfesyen.

Malah Kendall sentiasa menjadi pilihan muka depan majalah dan disukai oleh jurugambar serta banyak mewakili produk berjenama.

Kendall Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain