KONSERT jelajah dunia penyanyi Taeyang bertukar tragedi apabila anggota kumpulan Big Bang itu mengalami pendarahan pada bahagian hidungnya ketika sedang menghiburkan peminat.
Koreaboo melaporkan hidungnya berdarah selepas cubaan menarik mikrofon yang diletakkan pada kaki sehingga terkena wajahnya.
Taeyang yang tidak perasan hidungnya mula berdarah tetap meneruskan nyanyiannya menerusi lagu Look At Only Me sebelum peminat perasan darah tidak henti-henti keluar.
Peminat yang risau dengan keadaannya bagaimanapun memuji sikap profesional Taeyang pada malam itu.
Kejadian itu berlaku ketika Taeyang mengadakan konsert jelajah dunianya iaitu White Night Tour di San Jose, California.