suria

Nicki Minaj, Nas Bukan Sekadar Kawan

Nicki (kanan) dan Nas semakin serius dalam hubungan mereka sejak Mei lalu.

PENYANYI Nicki Minaj dan Nas dikatakan sedang berkawan rapat dan hubungan mereka menjadi bualan hangat kerana di lihat menghabiskan waktu bersama.

Namun, menurut sumber kepada E! News, pasangan ini bukannya sekadar berkawan tetapi bercinta sejak bulan Mei lalu. 

"Nicki bukan seorang yang sekadar berfoya-foya dalam hubungan. Mereka berdua kini sedang mengenali hati budi secara dekat," kata sumber terdekat. 

Terdahulu, Nicki menikmati makan malam secara tertutup bagi menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya di New York pada Khamis lalu.

Sejak dari itu, hubungan mereka mula dihidu media dan peminatnya. Malah, Nas juga ada memuat naik foto mereka berdua di akaun Instagram pada hari yang sama.

Nicki Minaj

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain