PELAKON Han Hyo Joo mencuri perhatian peminatnya apabila dia tampil berambut pendek menerusi fotonya di laman sosial.
Agensinya, BH Entertainment muat naik foto Han Hyo Joo di Instagram pada Isnin.
"Gambar kejutan pelakon Han Hyo Joo dengan berambut pendek!" kata agensi.
Foto tersebut mengejutkan peminat kerana penampilannya kelihatan sangat berbeza daripada biasa.
Malah, majalah Harper's Bazaar Korea juga berkongsi muka hadapan isu bulan Oktober dengan fesyen rambut terbaru Han Hyo Joo.