suria

Gigi Hadid Belajar Masak Demi Zayn Malik

HUBUNGAN percintaan Gigi Hadid dan Zayn Malik dilihat semakin ke tahap yang lebih serius.

Tidak hanya memuat naik gambar-gambar mesra, malah ibu-bapa selebriti ini juga dikatakan merestui hubungan berkenaan.

Dalam temuramah terbaharu di The Radio 1 Breakfast Show, Gigi mengakui mempunyai hubungan rapat dengan ibu Zayn iaitu Trisha.

Gigi berkongsi minatnya terhadap masakan menerusi Insta Story.
 

Tambahnya, dia terlalu suka makanan yang dimasak oleh ibu kekasihnya itu menyebabkan dia sanggup belajar memasak.

"Saya suka masakan Inggeris dan India seperti yang selalu dimasak oleh ibunya.

Ibunya sangat pandai memasak dan sekarang saya sedang belajar memasak jika kelapangan," ujar Gigi.

Zayn juga sebelum ini pernah memberitahu bahawa mengimpikan seorang isteri yang bukan hanya untuk menemaninya di luar, malah sentiasa bersamanya duduk di rumah.

Gigi Hadid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain