PENYANYI rap berasal dari Australia Iggy Azalea dituntut untuk membayar kad kredit American Express miliknya. Seperti dipetik E! Online, pemilik nama sebenar Amethyst Amelia Kelly tidak membayar hutang kad kredit berkenaan sejak dua tahun lalu. Penyanyi itu diminta membayar sebanyak US$ 299,000 atau RM1.3 juta. Hingga saat ini pihak Iggy belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan kes berkenaan. Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak menyangka bintang popular ini turut terjerat dengan masalah kewangan.