suria

Sibuk Kerja, Rain Tetap Utamakan Isteri

Kandungan Kim Tae Hee kini sudah memasuki 8 bulan.

BIARPUN sibuk dengan jadual kerja yang padat, penyanyi dan pelakon popular Rain masih mengutamakan isterinya, Kim Tae Hee yang sedang hamil tujuh bulan.

Menurut wakil Star News, pelakon filem Uhm Bok Dong akan terus pulang ke rumah untuk bertemu dengan isterinya.

"Rain sentiasa mengutamakan isterinya yang sedang hamil. Walaupun sibuk dengan penggambaran, dia pasti akan balik ke rumah terus. 

"Itupun jika tiada ada apa-apa perancangan di waktu pagi," kata wakil Star News kepada Allkpop

Rain bimbang dengan keadaan Kim Tae Hee dan tidak sampai hati untuk membiarkan isterinya keseorangan di rumah. 

Pasangan selebriti ini berkahwin pada Januari lalu dan mereka berkongsi berita kehamilan pada Mei.

Rain, Kim Tae Hee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain