PENYANYI Justin Bieber dituduh menjadi punca perpisahan pasangan The Weeknd dan Selena Gomez. Menurut laporan Hollywood Life, The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye kecewa apabila Selena dilaporkan sudah kembali berdamai dengan bekas kekasih itu. Minggu lalu, Selena dilihat bersama Justin di beberapa lokasi sekitar Beverly Hills. Pertemuan itu menyebabkan The Weeknd mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Selena selepas hampir 10 bulan bercinta. Selena dan The Weeknd dilaporkan sudah berpisah. Selain Justin, antara faktor lain perpisahan pasangan itu adalah kekangan masa dan kesibukan dengan kerjaya masing-masing. The Weeknd dikatakan terlalu sibuk dengan konsert jelajah dunianya sehingga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap Selena. Bagaimanapun, sumber mendedahkan keluarga Selena tidak begitu gembira mengenai perkhabaran dia kembali bersama Justin.