DUNIA hiburan Hollywood baru-baru ini kecoh apabila ramai selebriti wanita terkenal seperti Ashley Judd, Gwyneth Paltrow dan Angelina Jolie mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual seorang produser berpengaruh iaitu Harvey Weinstein. Terbaharu pengarah filem Rush Hour iaitu Brett Ratner, 48, pula dituduh melakukan jenayah sama terhadap enam pelakon wanita sejak tahun 1990-an. Aktres Natasha Henstridge mendakwa Brett pernah menghalangnya daripda pulang ke rumah rakan mereka dan memaksanya melakukan seks oral terhadapnya. Ketika itu dia baru berusia 19 tahun. Natasha Henstridge (kiri) dan Olivia Munn tampil mendakwa jadi mangsa gangguan seksual Brett Ratner. Manakala pelakon Olivia Munn pula mendakwa pada 2004 Brett pernah melakukan onani dihadapannya selain aktres Katherine Towne menuduh penerbit itu pernah mengikutnya masuk ke tandas. Tidak cukup dengan itu, Jamie Ray Newman pula dalam pendedahannya memberitahu Brett gemar berbual perkara lucah dengannya selain tanpa malu memberitahunya mahu melakukan hubungan seks dengannya. Brett seperti dilaporkan Daily Mail bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah. Akibat dakwaan itu, Brett yang juga pemilik bersama syarikat RatPac Entertainment yang dikongsi bersama bekas tunang Mariah Carey iaitu James Packer dan Steve Mnuchin sedang berhadapan dengan masalah. Sebelum ini aktiviti tidak bermoral produser berpengaruh, Harvey Weinstin didedahkan oleh ramai pelakon wanita. Kontrak bersama Warner Bros. bernilai US$450 juta (RM1.8 bilion) selama empat tahun mungkin dibatalkan kerana skandal terbaharu itu. Dalam perkembangan lain, patung replika meyerupai Harvey setinggi 36 kaki akan dibakar dalam satu acara tradisi di London Sabtu ini. TMZ melaporkan, Persatuan Edenbridge Bonfire akan membakar patung itu pada sambutan tahunan Bonfire Night sebagai membantah penglibatan produser itu dalam beberapa kes gangguan seksual. Mengulas mengenai hal itu, mereka memilih untuk membakar patung menyerupai Harvey kerana penglibatan produser itu dalam beberapa kes gangguan seksual.