suria

Heidi Klum Tampil Sebagai Serigala Jadian

Heidi Klum tampil sebagai serigala jadian pada parti Halloween tahun ini.

SETIAP tahun peminat dunia hiburan pasti akan menantikan kostum yang bakal digayakan oleh model terkenal, Heidi Klum bersempena parti Halloween.

Ini kerana Heidi terkenal dengan kesungguhannya tampil dengan kostum luar biasa dan tahun ini dia sekali lagi berjaya mengejutkan peminatnya.

Daily Mail melaporkan, Heidi, 44, tampil sebagai serigala bagi memberi penghormatan kepada salah satu watak yang pernah dimainkan oleh penyanyi legenda, Michael Jackson menerusi muzik video Thriller pada 1983.

Antara kostum yang digayakan Heidi sebelum ini.

Penampilannya itu membuatkan tetamu pada parti Halloween yang diadakannya terpukau kerana Heidi kelihatan sama seperti mana serigala jadian yang digambarkan dalam muzik video itu.

Mana tidaknya, Heidi benar-benar mengikut karakter asal termasuk pemilihan jaket, jeans malah sarung kaki putih dan kasut hitam seperti mana kegemaran Michael.

Malah model itu turut ditemani oleh sekumpulan 'zombie' bagi melengkapkan gayanya ke acara karpet merah.

Pengarah berkata sesuatu kepada Michael Jackson ketika penggambaran muzik video Thriller pada 1983.

Heidi turut memuat naik video di Instagram proses solekan dan persiapan yang mengambil masa selama beberapa jam.

Sebelum ini, Heidi menarik perhatian apabila pernah tampil dengan kostum sebagai nenek tua, Jessica Rabbit, cleopatra, mayat hidup dan monyet.

Heidi Klum, Halloween

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain