PENANTIAN album terbaharu Taylor Swift berjudul Reputation yang dilancarkan pada 11 November lalu nampaknya benar-benar mengejutkan peminat. Mana tidaknya Taylor kini sudah berani mencarut dalam lagu-lagunya yang mana tidak pernah dilakukan dalam album terdahulu. Ia juga sebagai mesej jelas dirinya yang lama sudah 'mati' seperti mana dalam lirik single pertama dari album itu berjudul Look What You Made Me Do. Menerusi lagu I Did Something Bad, Taylor banyak menggunakan kata-kata kesat yang dipercayai ditujukan kepada bekas teman lelakinya, Calvin Harris. Malah dia turut menggunakan kata-kata kesat dalam beberapa lagi lagu dalam Reputation selain menggelar dirinya sebagai 'ular' dan perempuan jalang.