PENYANYI dan juri program The Voice, Blake Shelton menerima pengiktirafan sebagai lelaki paling seksi 2017 oleh majalah People. Blake, 41, bagaimanapun memberitahu dia berasa rendah diri dan tidak menyangka diberi gelaran itu kerana merasakan dia bukan seorang yang kacak apatah lagi seksi. "Saya berasa rendah hati dan bersyukur apabila dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia. "Apa yang pasti akan ada yang membenci saya selepas ini gara-gara gelaran itu," katanya seperti dilaporkan Billboard. Blake berasa rendah diri dipilih lelaki paling seksi 2017. Blake turut berterima kasih kepada majalah People kerana memberikan anugerah itu di Twitter miliknya. Penyanyi muzik Country itu juga turut memuat naik gambar muka depan majalah itu yang memaparkan wajahnya. Dalam perkembangan lain, Blake yang juga teman lelaki penyanyi Gwen Stefani baharu sahaja melancarkan album berjudul Texoma Shore. Album keenam penyanyi itu berjaya menduduki tangga pertama carta Billboard Top Country Artist.