HARAPAN peminat untuk melihat pasangan selebriti Lee Min-Ho dan Suzy melangsungkan perkahwinan musnah apabila mereka dilaporkan sudah tidak bersama lagi.
Menerusi laporan portal Korea Herald, Min-ho dan Suzy yang sudah tiga tahun bercinta membuat keputusan untuk berpisah, baru-baru ini.
Syarikat agensi, JYP Entertainment yang mewakili Suzy mengesahkan mengenai perpisahan itu.
Malah, agensi pengurusan Min-ho iaitu MYM Entertainment turut memberikan penjelasan serupa.
Punca pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah tidak dinyatakan dan masih belum diketahui oleh mana-mana pihak.
Kisah percintaan mereka menjadi perbualan hangat netizen apabila gambar percutian mereka di London pada Mac 2015 tersebar.