suria

Christina Aguilera Dikritik Gara-Gara Botox

Christina hebat dikritik hebat peminat ketika membuat kemunculan pada American Music Awards pada Isnin.

KEMUNCULAN penyanyi Christina Aguilera pada acara American Music Awards (AMA) yang berlangsung pada Isnin lalu mendapat perhatian peminat.

Hollywood Life melaporkan perhatian itu bukan kerana terpesona dengan persembahan penghormatan kepada mendiang Whitney Houston sebaliknya perubahan wajahnya yang menjadi bualan peminat.

Christina dipercayai mengambil suntikan botox di bahagian bibir sehingga menyebabkan ia kelihatan berbeza berbanding sebelum ini.

Ramai mempersoalkan tindakan penyanyi itu mengubah wajahnya kerana merasakan dia tidak perlu berbuat demikian.

Sementara itu, Christina juga teruk dihentam peminat berhubung mutu nyanyiannya ketika menyampaikan empat buah lagu Whitney secara medley didakwa sumbang.

Pihak produksi juga dikritik kerana memilih Christina untuk melunaskan tugas memberi penghormatan kepada Whitney kerana masih ramai penyanyi lain yang layak berbuat demikian.

Sumber pula memberitahu Christina sedar akan kritikan peminat terhadap nyanyian dan penampilannya malam itu namun enggan memberikan respon.

Sebaliknya dia memilih untuk tidak mengendahkan komen negatif terhadapnya selain berpuas hati dengan persembahannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain