SELEPAS setahun bercinta pelakon Jennifer Lawrence dan pasangannya iaitu pengarah filem Darren Aronofksy dilaporkan kini sudah berpisah. Laporan yang dipetik Entertainment Tonight kedua-dua selebriti itu memutuskan untuk berpisah sejak sebulan lalu. Pasangan yang terlalu berahsia tentang hubungan percintaan itu kali terakhir dilihat bersama di acara Governors Awards pada 11 November lalu di Los Angeles. Bagaimanapun, ketika itu kedua-dua mereka bukan lagi pasangan kekasih. Mereka masih kekal berkawan baik dan duduk bersebelahan sehingga tamat acara sehingga tiada perkara yang janggal seperti pasangan yang baharu putus cinta. Pasangan ini dilaporkan bercinta ketika sama-sama terlibat dalam filem Mother.