suria

EXO Didakwa Iri Hati Kejayaan BTS

EXO menjelaskan mereka tidak pernah ada sifat dengki terhadap BTS.

WUJUD kata-kata nakal yang mendakwa kumpulan EXO iri hati dengan kejayaan BTS di peringkat global.

Namun, ketua kumpulan EXO, Suho menangkis spekulasi itu. Malah, dia mengakui bangga dengan kumpulan lain yang semakin berjaya, lapor Allkpop.

Menurut Suho, dia berasa bersyukur dan bangga dengan kumpulan seperti BTS dan Wanna One yang turut sama-sama menyebarkan gelombang K-pop di seluruh dunia.

"Seperti PSY, Super Junior dan TVXQ. Begitu juga kami, ianya tanggungjawab kami untuk meluaskan pengaruh K-pop di peringkat antarabangsa," ujar Suho.

Dia mengulas mengenai isu itu apabila disoal sewaktu sidang media konsert keempat kumpulannya di Gocheok Sky Dome, Seoul.

Jawapan yang diberikan oleh Suho seolah-olah membuktikan bahawa kumpulannya tidak iri hati malah tumpang gembira dengan pencapaian kumpulan lain.

Kenyataan penuh diplomatik Suho itu turut mendapat pujian peminat dan sedikit-sebanyak meredakan ketegangan antara peminat dua kumpulan berkenaan.

EXO, BTS

Artikel Berikut

Artikel Lain