suria

Akhirnya Hubungan Halle Berry, Alex Berantakan

Berakhirlah sudah hubungan cinta Halle dan Alex. Foto: E Online.

SETELAH lima bulan bercinta, hubungan pelakon, Halle Berry dengan seorang penerbit muzik akhirnya berantakan.

Menerusi laporan E Online, Halle berasakan menjalikan hubungan dengan Alex Da Kid adalah suatu keputusan yang salah dan tidak sepatutnya.

Oleh kerana itu, dia memilih untuk tidak membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih jauh.

Menurut satu sumber terdekat, kehidupan Halle kini lebih gembira dan bahagia selepas berpisah dengan Alex.

Foto terakhir sebelum mereka berpisah.

"Halle nampak lebih seronok menjalani kehidupan bujangnya tanpa Alex. Dia lebih bahagia dan ceria," kata sumber.

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram miliknya, Halle turut memuat naik foto dengan kapsyen 'serik dengan cinta'.

Sebelum Alex, pelakon filem Cat Woman itu pernah berkahwin sebanyak tiga kali  dan mempunyai dua orang anak.

Halle Berry, Alex De Kid

Artikel Berikut

Artikel Lain