PENYANYI kumpulan Big Bang iaitu Taeyang dan Min Hyo Rin sah mengikat tali pertunangan dan akan berkahwin pada tahun hadapan. Perkara itu disahkan sendiri oleh syarikat pengurusan mereka iaitu YG Entertainment dan mereka memberitahu pasangan itu akan berkahwin pada Februari depan. "Benar Taeyang bakal berkahwin pada Februari depan. Perkahwinan mereka akan berlangsung sebelum Taeyang menyertai latihan tentera," kata kenyataan itu seperti dilaporkan Koreaboo. Bagaimanapun masih belum ada tarikh sebenar pasangan itu akan berkahwin namun sudah membuat persiapan perkahwinan sejak bulan lalu.