suria

MXM Tak Sabar Menanti Januari

MXM bakal muncul dengan album baharu dan sesi bertemu peminat awal tahun depan. Foto: Allkpop

KUMPULAN MXM yang dianggotai Lim Young-min dan Kim Dong-hyun dikatakan bakal membuat kemunculan istimewa pada Januari tahun depan.

Menurut portal Allkpop, kumpulan duo ini baru sahaja selesai pembikinan album mini dan kini sedang dalam peringkat penyuntingan akhir.

Berita tersebut sedikit sebanyak membuatkan peminat tidak sabar menantikan kemunculan MXM.

Malah, agensi Brand New Music mengeluarkan kenyataan bahawa album MXM bakal menunjukkan sisi lebih matang mereka.

MXM memiliki ramai peminat dari seluruh negara.

Album ini akan menunjukkan sisi dewasa MXM dan menonjolkan keunikan mereka. Muzik dan penampilan mereka juga lebih baik.

"Kita sudah merancang untuk bertemu para peminat dan memenuhi permintaan penyokong yang tidak sabar mahukan buah tangan terbaharu MXM," katanya.

Sementara itu, agensi tersebut turut memaklumkan, MXM bakal muncul dalam konsert Brand New Season 2017 akhir tahun ini.

Selain MXM, ia turut dibarisi penyanyi-penyanyi popular naungan agensi tersebut.

MXM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain