suria

Tekanan Dipercayai Punca Jonghyun Bunuh Diri

Mayat Jonghyun dibawa dalam sebuah kereta di Hospital Asal, Seoul, Korea Selatan untuk disemadikan dalam satu uapacara tertutup. FOTO: Reuters.

KEMATIAN anggota kumpulan SHINee iaitu Jonghyun akibat bunuh diri pada 18 Oktober lalu terus mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.

Menurut laporan Mirror, lebih 10,000 peminat hadir ke Hospital Asan, Seoul, bagi memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi itu.

Selain peminat, anggota kumpulan SHINee sendiri, Girls Generation, EXO dan NCT turut hadir ke upacara itu.

Malah, berita kematian tragis itu turut menjadi trending di laman Twitter apabila hampir 60,000 tweet dihantar dengan menggunakan tanda pagar #YouDidWellJonghyun.

Menerusi nota terakhir yang ditulis, Jonghyun bercerita mengenai tekanan perasaan yang dihadapinya.

Jonghyun mati dipercayai akibat bunuh diri.

"Hati saya remuk. Kemahsyuran bukanlah untuk saya. Saya sudah buat yang terbaik. Cukuplah setakat ini, selamat tinggal," tulisnya.

Menurut pihak polis, penyanyi berusia 27 tahun itu membunuh diri selepas menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya.

Sementara itu, kematian Jonghyun terus menjadi perdebatan apabila ramai yang mula sedar mengenai tekanan hidup sebagai selebriti di negara itu.

Malah, netizen juga mahu tekanan perasaan yang dihadapi oleh selebriti atau sesiapa sahaja diambil serius kerana ia boleh menjurus kepada tragedi seperti ini.

Selain Jonghyun, SHINee dibarisi oleh Taemin, Onew, Minho dan Key.

Antara lagu mereka yang popular ialah Ring Ding Dong, Sherlock dan View.

Selain Korea Selatan, kumpulan ini turut menempa kemahsyuran di peringkat global dan dinobatkan sebagai salah satu kumpulan K-pop paling popular di dunia.

Mereka bernaung di bawah bumbung pengurusan SM Entertainment bersama Girls Generation, Super Junior dan EXO.

Jonghyun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain