suria

Lee Seung Gi Niat Sambung Latihan Ketenteraan

AKTOR Lee Seung Gi berjanji untuk menyambung kembali latihan wajib ketenteraan jika episod pertama drama baharunya berjudul Hwayugi yang ditayangkan pada Sabtu ini mendapat rating tinggi.

Bagaimanapun, Lee Seungi mengakui ia sesuatu yang sangat sukar berikutan drama popular Goblin hanya mencapai 6.3 peratus pada episod pertama

"Bukan rating untuk 20 episod tapi hanya episod pertama sahaja. Kalau kami dapat 10 peratus, saya akan sambung latihan ketenteraan lagi.

"Saya sudah tamat latihan wajib, ini hanya latihan istimewa hanya tiga minggu sahaja. Mungkin untuk latihan payung terjun," ujarnya.

Namun, sejak kebelakangan ini, drama-drama yang ditayangkan di cable tvN mendapat rating yang rendah berbanding tahun sebelum ini.

Tapi tidak mustahil jika, drama ini berjaya menembusi rating tinggi berikutan ia merupakan drama pertama Lee Seungi Gi selepas berehat untuk latihan ketenteraan.

Karya itu ditulis oleh penulis skrip naskhah popular Hong Sisters yang sebelum ini menulis skrip bagi Sassy Girl, My Girl, My Girlfriend Is A Gumiho dan You're Beautiful.


Lee Seung Gi

Artikel Berikut

Artikel Lain