BIARPUN ibu kepada penyanyi Justin Bieber suka melihat Selena Gomez bersama anaknya, namun berbeza pula dengan keluarga penyanyi wanita itu. Ibu kepada Selena, Mandy Teefey dan seluruh keluarganya memberitahu mereka tidak gembira dengan berita anaknya dan Justin kembali bersama. "Keluarga Selena tak gembira bila dapat tahu Selena dan Justin kembali bersama. Mereka rasa Justin seorang lelaki yang tidak baik untuk Selena. "Malah, dia juga dilihat seperti tidak pernah berubah. Walaupun sekarang dia nampak baik tapi nanti mesti perangai sebenarnya akan terserlah semula," kata sumber terdekat. Malah, Mandy dan Selena juga saling tidak mengikuti di laman sosial sejak dari itu.