suria

Mariah Carey Kembali Tebus Maruah

Mariah Carey memberikan persembahan bertenaga pada persembahan malam tahun baru 2018 pada Ahad.

GENAP setahun lalu, Mariah Carey terpaksa menanggung malu apabila penyanyi terkenal itu gagal menyanyi dengan baik pada acara Dick Clark's Rockin' 2017 di Times Square New York yang disiarkan secara langsung.

Ketika itu ramai menjangkakan karier penyanyi berusia 47 tahun itu sudah pun berakhir.

Bagaimanapun, Mariah kembali menebus maruahnya pada acara sama pada malam Ahad lalu dan persembahannya menerusi dua buah lagu iaitu Vision of Love dan Hero mendapat pujian peminat.

Mariah berjaya menebus maruahnya yang tercalar pada tahun lalu.

Tampil memakai gaun berwarna emas lengkap dengan kot bulu, Mariah kelihatan yakin berdiri di pentas tanpa sebarang masalah teknikal selain menyanyi dengan baik.

"Mengambil kira Mariah menyanyi dalam cuaca yang sangat sejuk di New York, dia berjaya menebus maruahnya kembali dengan penuh gaya!

"Tidak kira apa yang orang katakan mengenainya, nampaknya Mariah kembali dengan persembahan cukup bertenaga dan dia adalah diva sebenar," tulis peminat.

Malah Mariah sempat mengucapkan selamat tahun baru kepada peminat yang hadir pada acara itu sebelum meluangkan masa ditemu bual oleh hos Ryan Seacrast.

Mariah Carey

Artikel Sebelum

Artikel Lain