suria

Ucapan Baekhyun (EXO) Dikecam Netizen

AHLI kumpulan EXO iaitu Byun Baekhyun atau dikenali dengan Baekhyun dikecam kerana ucapannya pada majlis mesra bersama peminat pada 30 Disember lalu.

Ucapan yang dibuat oleh artis bawah naungan SM Entertainment itu yang menyentuh soal tekanan perasaan telah mendapat reaksi negatif netizen.

Penyanyi berusia 25 tahun itu mengatakan bahawa dia tidak faham dengan segelintir masyarakat yang mengalami tekanan.

"Ramai orang kata mengalami masalah tekanan, saya tidak faham tentang itu. Bagaimana mereka boleh mengalami tekanan atau insomnia," ujarnya seperti dipetik Allkpop.

Tanpa disedari, ucapan itu telah menyinggung perasaan ramai pihak yang beranggapan Baekhyun meremehkan masalah mental yang dihadapi oleh rakannya sendiri mendiang Jonghyun yang meninggal dunia akibat bunuh diri.

Netizen beranggapan penyanyi itu tidak peka dalam membantu masalah yang dihadapi oleh sebilangan besar masyarakat negara itu.

Baekhyun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain