PENYANYI Taylor Swift membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah kepada peminatnya yang sedang hamil. Menurut laman hiburan Billboard, peminat bernama Stephanie itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi aplikasi The Swift Life. "Saya tidak mempunyai kediaman sepanjang lapan bulan kehamilan dan kami terpaksa berpindah rumah kerana faktor keselamatan. Lebih tertekan, suami kehilangan kerja," tulisnya seperti dilapor pemilik akaun Twitter @tswiftpower. Kesempitan hidup itu membuatkan ibu Stepahine bimbang dan mencari inisiatif menghubungi Taylor Swift ketika dia menjayakan konsert di Manchester, United Kingdom pada tahun 2015. Perkongsian Stephanie dikongsi semula di Twitter oleh peminat Taylor Swift. Taylor bersetuju untuk bertemu Stephanie di ruang persalinan pentas. Menerusi pertemuan itu, penyanyi lagu Love Story ini berjanji ingin memulangkan tiket konsert, namun ia tidak berlaku. Demi menebus janji tersebut, Taylor memberi sesuatu yang lebih besar untuk Stephanie. "Taylor ingin saya menikmati waktu bersama anak dan melalui kehidupan bahagia bersama keluarga," ujarnya. Terdahulu, Stephanie ada memuat naik foto rumahnya itu di laman sosial tersebut.