PELAKON Bella Thorne mendedahkan kisah silam dia pernah mengalami ganguan seksual ketika di zaman kanak-kanak. Bella menerusi laman Instagramnya memberitahu dia terpaksa melalui derita tersebut sehingga umur 14 tahun dan berharap ia akan berakhir. "Saya pernah mengalami gangguan seksual sejak saya membesar sampai yang saya ingat ketika umur 14 tahun. Sehingga saya berani untuk kunci bilik pada waktu malam dalam ketakutan. "Sepanjang malam. Menanti untuk seorang ambil kesempatan atas kehidupan saya lagi. Berulang kali menunggu untuk penderitaan ini berhenti dan akhirnya terhenti," tulisnya. Bella membuat pendedahan tersebut sempena memberi sokongan pada kampen Time's Up Movement bagi menentang keganasan dan gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan penggiat seni Hollywood.