suria

Gong Yoo, Jung Yoo Mi Bakal Berkahwin?

Pasangan ini dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi? Foto: Soompi

PELAKON Gong Yoo dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang dengan aktres Jung Yoo Mi tidak lama lagi.

Menurut portal hiburan Soompi, gosip tersebut mula tersebar di laman sosial apabila seorang peminat memberitahu Gong Yoo sudah membuat tempahan di Hotel Shilla, Seoul.

"Gong Yoo akan berkahwin tak lama lagi, dia ada menempah hotel dan ada orang membocorkan rahsia dia bakal berkahwin dengan Jung Yoo Mi," tulis seorang netizen.

Sementara itu, agensi pengurusan dua bintang ini menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar sama sekali.

"Gosip tersebut tidak benar, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah tersebut," jawab agensi Soop Entertaiment.

"Hubungan mereka seperti adik-beradik dan bukan pasangan kekasih seperti yang disangka ramai orang. Jadi, hentikan khabar angin tersebut," kata sumber agensi tersebut.

Sebelum ini, Shilla Hotel turut menjadi lokasi perkahwinan pasangan sensasi Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.

Gong Yoo, Jung Yoo Mi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan