PELAKON Kim Woo Bin diminta untuk mengikuti latihan ketenteraan walaupun sudah dimaklumkan dia kini sedang menjalani rawatan kemoterapi akibat kanser tekak. Pihak pengurusannya, SidusHQ menjelaskan Woo Bin tidak dapat mengikuti latihan itu walaupun ia diwajibkan kepada semua lelaki di Korea Selatan kerana kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya. "Selepas Woo Bin disahkan menghidap kanser tekak pada Mei tahun lalu, dia ada menerima notis untuk melaporkan diri ke kem tentera selepas dia selesai menjalani rawatan kemoterapi. "Dia sudah pun menjalani pemeriksaan fizikal dan keadaannya masih belum kuat untuk mengikuti program tentera buat masa ini," kata kenyataan dikeluarkan. - Soompi