suria

Sungjae (BTOB) Pemalu, Malas Jaga Wajah

Sungjae pemalu dan gemar berbicara dengan orang yang lebih berusia. Foto: Soompi

AHLI Kumpulan BTOB, Sungjae mengakui dia seorang yang sukar diramal dan agak pemalu.

Menurut Allkpop, Sungjae membongkarkan rahsia mengenai dirinya itu ketika ditemubual dalam sebuah program hiburan baru-baru ini.

"Sebenarnya saya ini seorang yang pemalu dan hanya akan selesa apabila bersama mereka yang 'sekepala', barulah hilang perasaan malu itu.

"Saya lebih gemar bergaul dengan orang berusia lebih tua. Kalau yang sama umur, saya tidak pandai nak bersosial sangat," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Guardian: The Lonely and Great God atau Goblin ini mengakui agak pemalas dalam hal berkaitan penjagaan wajah.

Dia pernah mencuci muka tanpa pembersih wajah dan malas menggunakan krim penjagaan muka.

"Saya sangat pemalas. Kalau di rumah selalunya ibu atau saudara perempuan yang tolong cuci muka dengan air beras. Apabila tinggal sendiri, nak pakai krim muka pun malas," luahnya.

Sungjae, BTOB

Artikel Lain