PENYANYI dan pelakon Alex (Clazziquai) sudah pun melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang bukan dalam kalangan selebriti pada 27 Januari lalu di sebuah resort di Busan. Terdahulu pasangan tersebut mengumumkan mereka bakal mengadakan sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga sahaja. Menerusi laman Instagram Alex mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengucapkan tahniah. "Kami akan hidup bahagia selamanya. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian saya," tulisnya.