suria

Park Bo Gum Umum Tarikh Pertemuan Dengan Peminat

Park Bo Gum bakal adakan pertemuan bersama peminat.

PELAKON Park Bo Gum membuat pengumuman bakal mengadakan acara bertemu peminat pada 31 Mac dan 1 April depan di Grand Peace Palace, Universiti Kyung Hee, Seoul.

Menurut agensinya, Blossom Entertaiment, pertemuan itu dibuat selepas setahun majlis yang sama diadakan pada Mac tahun lalu.

"Park Bo Gum akan mengadakan acara untuk beramah mesra dengan peminatnya pada 31 Mac dan 1 April.

"Keputusan itu dibuat selepas setahun acara yang sama dilakukan pada Mac tahun lalu," kata agensi.

Park Bo Gum masih menunggu projek seterusnya selepas membintangi drama KBS, Moonlight Drawn By Clouds pada tahun lalu.

Selain itu, dia juga akan muncul dalam drama Hyori's Homestay 2 bersama salah seorang anggota Girls' Generations, YoonA.

Park Bo Gum

Artikel Lain