suria

Jessica Biel Ajar Anak Pendidikan Seks

Jessica Biel dalam satu temuramah. FOTO: E!News

PELAKON Jessica Biel berkata dia dan suami, Justin Timberlake sudah mula memberikan pendidikan awal kepada anak lelaki mereka iaitu Silas yang kini berusia dua tahun.

Menurut laporan E! News, Jessica memberitahu mereka mengajar Silas mengenai ilmu kehidupan termasuklah pendidikan seks.

"Pendidikan seks ini luas, contohnya mengajar mereka mengenai hal dalaman tubuh adalah kawasan privasi dan tidak boleh dilihat atau disentuh orang lain.

"Saya juga mengajar mengenai perbezaan tubuh antara lelaki dan perempuan. Malah, mengajar dia mengenai kesihatan tubuh yang lain.

"Meskipun dia masih belum cukup mengerti, namun itu sudah cukup untuk membantu dia memahami perkara asas apabila semakin membesar nanti," katanya.

Sementara itu, aktres berusia 35 tahun ini berkata, dia percaya setiap perkara haruslah dididik sejak kecil lagi.

Malah, dia berasakan ilmu yang disampaikan itu bermanfaat untuk anak lelakinya itu dan mengelakkan daripada berlakunya kejadian gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak.

Jessica Biel, Justin Timberlake

Artikel Sebelum

Artikel Lain