suria

Hubungan Gigi Hadid & Zayn Malik Dapat Restu Keluarga

PASANGAN kekasih popular Gigi Hadid dan Zayn Malik dikatakan pasangan paling bahagia kerana percintaan mereka mendapat restu keluarga.

Menerusi satu temubual Mail Online, ibu Gigi iaitu Yolanda Hadid, 54, mengakui sudah menganggap Zayn sebagai anaknya sendiri.

"Ini adalah perjalanan mereka dan saya memberikan sokongan kepada mereka. Jika mereka bahagia saya juga akan bahagia.

"Zayn adalah lelaki yang luar biasa, dia juga datang dari tempat yang sama dengan saya iaitu di Bradford. Jadi kami saling memahami. Saya juga sudah anggap dia seperti anak sendiri," katanya.

Tambah Yolanda, dia memahami kesukaran yang dilalui Zayn dalam menjalani kehidupan jauh dari keluarganya.

Katanya, apa yang penyanyi itu lalui, sama seperti yang pernah dilalui ketika waktu mudanya.

"Dia tidak mempunyai keluarga di sini. Saya faham rasanya menjalani hidup seperti itu kerana saya juga pernah melaluinya.

"Saya sentiasa menjadi ibu kepadanya," katanya.

Kata-kata Yolanda membuktikan bahawa dia sangat menyokong hubungan anak perempuannya itu dengan Zayn.

Gigi Hadid, Zayn Malik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain