AGENSI naungan pelakon Lee Joon menafikan khabar angin bintang tersebut melakukan percubaan membunuh diri. Menurut portal Allkpop, Pengurus Agensi tersebut iaitu Yeo Jun Young berkata berita yang disebarkan sebuah media Korea Selatan itu adalah tidak benar dan satu penipuan. "Pergelangan tangannya ok sahaja, saya boleh lihat dari jauh. Terima kasih kepada semua dan semoga dia sihat sahaja," katanya. Pengurus agensi tunjuk bukti foto pergelangan tangan Lee Joon. Yeo menulis status itu bersama foto terkini pergelangan tangan pelakon itu sebagai bukti tiada sebarang kecederaan. Malah, keterangan sebelum ini memaklumkan Lee Joon menderita 'panic attack' dan perlu mendapatkan rawatan supaya kondisi mentalnya lebih stabil.