suria

Jennifer Aniston Umum Perpisahan Dengan Justin Theroux

Jennifer dan Justin mengumumkan perpisahan mereka selepas dua tahun setengah mendirikan rumah tangga.

PELAKON terkenal Jennifer Aniston mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan suaminya, Justin Theroux hanya selepas dua tahun setengah berkahwin.

Daily Mail melaporkan keputusan berpisah itu dibuat secara baik pada penghujung tahun lalu menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pasangan itu pada Khamis.

Bintang berusia 49 tahun itu mengikat tali pertunangan dengan Justin pada Ogos 2012 sebelum berkahwin pada 5 Ogos 2015.

Bagaimanapun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Menerusi kenyataan itu, pasangan itu berharap dapat melalui detik menyedihkan itu tanpa sebarang spekulasi yang mampu memburukkan keadaan.

Namun baik Jennifer atau pun Justin mereka menjelaskan walaupun berpisah mereka masih kekal baik dan menghormati antara satu sama lain.

Dalam pada itu, pasangan itu kali terakhir dilihat bersama ketika sambutan tahun baru 2018 di Cabo San Lucas, Mexico.

Pada Isnin, Justin dilihat bersendirian di New York manakala Jennifer berada di Los Angeles.

Jennifer Aniston, Justin Theroux

Artikel Lain