suria

Jual Topi Olimpik RM2,000, G-Dragon Langgar Hak Cipta

G-Dragon memakai topi Sukan Olimpik yang menjadi ikutan peminatnya.

SEMANGAT kesukanan ditunjukkan oleh penyanyi G-Dragon nampaknya memakan diri apabila topi menggunakan lambang Sukan Olimpik Pyeongchang yang dijual dengan harga AS$500 (RM2,000) menerusi label fesyennya iaitu Peaceminusone dilaporkan ditarik balik.

Koreaboo melaporkan walaupun tiada penjelasan berhubung perkara itu, keputusan menarik balik produk itu daripada dijual menerusi dalam talian dipercayai berhubung melanggar hak cipta.

G-Dragon tampil dengan produk baharu dibawah jenamanya itu sebagai tanda sokongan kepada sukan olimpik musim sejuk yang sedang berlangsung di Pyeongchang di Korea.

Anggota kumpulan Big Bang itu sebelum ini sering dirujuk sebagai 'Bayi Olimpik' kerana dilahirkan pada tahun 1988 yang mana ketika itu Korea Selatan menjadi tuan rumah sukan berprestij itu.

Dia juga beberapa kali dilihat memakai topi dengan lambang olimpik selain menjual topi yang tertera 'Seoul Olympics 88' yang sehingga kini sudah pun habis terjual.

G-Dragon

Artikel Sebelum

Artikel Lain