suria

Tyra Banks Tak Mahu Anak Jadi Model

Tyra Banks tidak mahu anak lelakinya, York Banks Asla menjadi seorang model sepertinya.

SUPERMODEL terkenal Tyra Banks tidak mahu anak lelakinya iaitu York Banks Asla mengikut jejak langkahnya dalam bidang peragaan suatu hari nanti.

"Sebagai seorang ibu... saya tidak mahu anak saya jadi model seperti saya. Biarlah dia mencari karier lain," katanya seperti dilaporkan People.

Bagaimanapun kata Tyra, dia sedar jika dia menghalang anaknya daripada menjadi model dia akan memberontak dan akan melakukan perkara dilarangnya.

Atas dasar itu kata hos program America's Next Top Model ini, dia akan menggunakan kaedah psikologi terbalik terhadap York agar dia memilih kerjaya lain.

"Sebenarnya saya akan galakkan dia jadi model malah akan memaksanya. Pasti dia akan memberontak.

"Lagi disuruh, mereka tidak akan ikut... jadi itu perancangan saya nanti," katanya.

York adalah anak hasil hubungannya dengan bekas teman lelakinya, Erik Asla menerusi kaedah ibu tumpang.

Tyra Banks, York Banks Asla

Artikel Lain