PELAKON Seo Ji Hye berasa bangga apabila peminat mengatakan wajahnya mirip seperti ahli kumpulan Red Velvet iaitu Irene. Ji Hye berkata, dia menganggap perkara itu sebagai satu pujian apabila dibandingkan mempunyai wajah seiras dengan Irene dan membuatkan dirinya berasa lebih muda. "Ramai orang kata saya nampak seperti Irene. Saya rasa muda sebab dibandingkan dengannya. "Saya rasa seronok juga apabila ada orang kata wajah kami sama," katanya seperti dilaporkan Koreaboo. Ji Hye menarik perhatian peminat yang sering membandingkan wajahnya dengan Irene kelihatan sama seolah-olah mereka adalah adik-beradik. Malah Ji Hye turut memuat naik gambarnya bersama Irene ketika mereka sama-sama membuat kemunculan menerusi sebuah program televisyen baru-baru ini.