suria

Jay Z Belanja Hampir RM500,000 Rai Hari Jadi Rakan

Jay Z berbelanja besar untuk meraikan hari jadi rakan baiknya.

PENYANYI rap Jay Z dilaporkan membelanjakan wang sebanyak AS$110,000 (RM440,000) bagi meraikan hari jadi rakan baiknya di Manhattan, New York pada Ahad lalu.

Page Six melaporkan, Jay, 48, berbelanja besar untuk ulangtahun ke-50, Juan 'OG' Perez yang juga ekskutif salah sebuah syarikat miliknya iaitu Roc Nation Sports.

Turut hadir pada parti mewah itu adalah Emory Jones, Joy Brown dan Desiree Perez.

Jay turut membayar AS$13,000 (RM52,000) untuk makan malam di restoran terkemuka, Zuma selain menghabiskan AS$9,000 (RM36,000) untuk minuman.

Mereka kemudiannya berparti di sebuah kelab dan salah seorang pekerja di situ mendedahkan Jay menghabiskan AS$91,000 (RM364,000).

Bagaimanapun menurut sumber, bil berkenaan tinggi kerana Jay turut membayar untuk semua pengunjung kelab pada malam itu.

Jay Z

Artikel Lain