suria

Sehun (EXO) Minta Peminat Tidak Lagi Berinya Hadiah

Sehun (EXO) tolak hadiah pemberian peminat bersempena hari jadinya.

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Sehun secara terbuka meminta peminatnya agar tidak lagi menghantar hadiah bersempena hari jadinya seperti mana dilakukan mereka sebelum ini.

Menerusi surat terbuka yang ditulis Sehun di laman sosialnya, Sehun sebaliknya berkata, dia berharap peminat dapat membantu golongan yang lebih memerlukan pada hari jadinya daripada membazir membelikannya hadiah.

"Saya sangat bersyukur dengan sokongan dan kasih sayang peminat terhadap saya tetapi saya mohon kepada anda semua, jangan lagi hantar hadiah pada hari jadi saya.

"Ucapan dan doa anda sudah cukup buat saya gembira dan disayangi.

"Apa yang saya minta, wang yang digunakan untuk membeli hadiah untuk saya adalah lebih baik disalurkan kepada golongan memerlukan," tulisnya seperti dilaporkan Koreaboo.

Sebelum ini, beberapa anggota EXO seperti Xiumin, chen, D.O dan Lay turut membuat permintaan sama terhadap peminat mereka.

Sehun, EXO

Artikel Lain