PENYANYI Taylor Swift dilihat tidak pernah serik bercinta biarpun sudah beberapa hubungan cintanya tidak menjadi. Terbaharu, Taylor sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon dan model, Joe Alwyn yang menetap di London. Menurut sumber terdekat, Taylor sudah banyak kali ke negara tersebut untuk melawat kekasihnya tanpa pengetahuan umum. "Taylor sudah beberapa kali datang melawat kekasihnya di London tapi ramai yang tidak tahu. Dia dah menjadikan lawatan tersebut sebagai rutin," kata sumber terdekat.